fbpx

Majlis perkahwinan sepi tanpa tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin berjalan ke arah pelamin tanpa ada tetamu mahupun ahli keluarga yang menyaksikan mereka. - TIKTOK @noto_moto

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan suasana sepi di sebuah majlis perkahwinan dengan kerusi-kerusi tetamu terbiar kosong, lapor akhbar Detiknews semalam. 

Pasangan pengantin yang mengenakan pakaian berwarna kelabu dilihat berjalan ke arah pelamin tanpa ada tetamu mahupun anggota keluarga.

Pemilik rakaman tersebut, Noto Susanto menjelaskan bahawa semua tetamu dan keluarga pengantin lelaki telah pulang ke rumah. 

Video itu dirakam selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

“Video tersebut menampilkan suasana resepsi  tetapi keluarga pihak lelaki sudah pulang  ke rumah sejurus selesai adat,  manakala keluarga pengantin perempuan sedang sibuk di belakang,” kata Noto. 

Kejadian berlaku di Desa Blater, daerah Kalimanah, wilayah Jawa Tengah pada 3 April lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI