fbpx

Jenazah A. Halim selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslinda menabur bunga dipusara bapanya, A. Halim di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jenazah penyanyi pop yeh yeh era 60an, Allahyarham Datuk A. Halim atau nama sebenarnya Halim Md Diah, 77, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini kira-kira pukul 4 petang hari ini.

Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan di Masjid Alfalah Bandar Seri Alam sebelum disolatkan dan dimamkan oleh anak bongsunya, Fezree Halim, 36, bersama kira-kira 100 jemaah selepas di bawa keluar dari Hospital Penawar, Pasir Gudang kira-kira pukul 1.20 petang,

Penyanyi 60an yang popular dengan lagu Salam Mesra dan Kisah Dan Tauladan itu mengalami lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.01 pagi di Hospital Penawar hari ini.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam bidang seni sejak di zaman bujang lagi, dia berjaya menghasilkan puluhan lagu termasuk mengangotai kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De’ Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI