fbpx

Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farhan mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada Ebby Yus semalam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Ebby Yus yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi kepada seniman tersebut semalam.

“Saya diwakili saudara Farhan telah menziarahi seniman Ebby Yus yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik sekali gus menghadkan penglibatan beliau dalam dunia seni.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan kepada beliau untuk kegunaan harian dan perubatan.

“Mendoakan agar beliau terus kuat dan dikurniakan afiyah sesegera mungkin, insya-Allah,” katanya pada hantaran Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI