fbpx

Tesla berhentikan pekerja tiga jabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta Tesla di sebuah bilik pameran di Manhattan pada 24 April lalu. - Foto AFP

WASHINGTON – Syarikat pembuat kenderaan elektrik, Tesla menghentikan sejumlah pekerjanya dari jabatan perisian, perkhidmatan dan kejuruteraan, lapor akhbar New York Post semalam.

Menurut laman web Electrek, langkah itu dibuat selepas Tesla yang diketuai bilionair, Elon Musk membubarkan jabatan pengecasan kenderaan elektrik. 

Pembuangan pekerja itu dilakukan berikutan pengumuman syarikat tersebut pada bulan lalu bahawa ia akan mengurangkan tenaga kerja globalnya sebanyak lebih 10 peratus.

Mereka yang terlibat menerima e-mel pada hujung minggu lalu sebagai sebahagian daripada langkah pemberhentian kerja dengan lebih luas, lapor Electrek.

Bagaimanapun, Tesla tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Syarikat itu mendedahkan pada bulan lalu bahawa ia akan memberhentikan lebih 6,700 pekerja di seluruh lokasinya di Texas, California, Nevada dan New York. 

Tesla mengalami tekanan akibat penurunan jualan dan perang harga yang semakin sengit dalam industri tersebut, manakala kadar faedah tinggi telah memperlahankan penggunaan kereta elektrik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI