fbpx

Suspek kedua simbah asid Faisal Halim ada 7 rekod lampau – Shuhaily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaily.

KUALA LUMPUR – Suspek kedua kes simbah asid terhadap pemain bola sepak negara, Faisal Halim mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek masih di dalam tahahan reman selama lima hari dan siasatan masih dijalankan.

Jelas beliau, semakan polis mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 170 KK, Seksyen 507 dan Seksyen 384 KK.

“Suspek pertama pula dibebaskan selepas tamat reman namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

“Suspek kedua yang masih direman itu bekerja sendiri sementara suspek pertama tiada rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan suspek kedua yang ditahan susulan insiden simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim diberkas di sekitar Bandar Baru Bangi.

Mengesahkan penahanan itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan lewat petang.

5 May lalu pula, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI