PETALING JAYA – Peminat bola menggesa pihak polis mencari pentadbir Facebook yang ‘menyerang’ pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, sebuah āpageā di Facebook dikenali sebagai āPahang is dead 2.0ā kerap menyerang pemain muda tersebut secara peribadi sebelum ini.
Walau bagaimanapun, difahamkan akaun tersebut tiba-tiba hilang tidak lama selepas kejadian simbahan asid ke atas Faisal yang berlaku di sini baru-baru ini.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menggesa agar pentadbir Facebook tersebut disiasat.
āCuba siasat admin-admin (pentadbir) page ini. Mungkin ada kaitan dengan kes ini,ā kata Kokokecik.
āEloklah pupus. ‘Page’ (laman) ini bersifat ‘personal’ (peribadi). Mengapi-apikan penyokong saja. Padahal dulu tak wujud pun page ini,ā kata Jimie.
āPDRM (Polis Diraja Malaysia) tolong cari ‘Pahang is dead 2.0’ dari dulu lagi dia asyik up (buat hantaran) buruk pasal Faisal Halim,ā kata seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE














