fbpx

Malaysia kecam serangan terbaharu Israel, bukti tolak gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel terkini ke atas Rafah di Gaza semalam menyebabkan 19 orang terbunuh, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Palestin.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas Hamas menerima cadangan gencatan senjata daripada rundingan damai yang dibuat oleh Mesir dan Qatar.

Kata Wisma Putra, Ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.

“Rejim Israel bertekad untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

“Oleh yang demikian, Israel patut menerima kecaman keras daripada masyarakat antarabangsa,” katanya hari ini.

Wisma Putra menegaskan, serangan berterusan ke atas orang awam oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF), khususnya di Rafah, Gaza, adalah amat zalim.

“Masyarakat antarabangsa mesti menggandakan usaha untuk memastikan rejim Israel menghentikan tindakan jenayahnya yang disengajakan.

“Israel harus dibawa ke muka pengadilan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI