fbpx

Kes pemerasan RM1.25 juta: Kertas siasatan dirujuk AGC esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes pemerasan wang RM1.25 juta membabitkan lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC), esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, maklumat lanjut kes akan diberikan selepas tamat tempoh reman.

“Reman suspek akan tamat esok dan selepas itu kertas siasatan akan dihantar ke AGC. Kenyataan lanjut akan diberi sama ada oleh saya sendiri atau Ketua Polis Negara,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu, lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan, hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara yang ditahan pegawai berpangkat asisten komisioner (ACP), deputi superintenden (DSP), inspektor dan sarjan bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI