fbpx

Kes simbah asid Faisal Halim masih dalam siasatan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berhubung kes simbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi sebuah kenyataan memaklumkan sebarang perkembangan akan dikongsi kepada umum.

“Kes masih di peringkat siasatan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya ringkas.

Terdahulu, PDRM memaklumkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dalam proses disiapkan.

Lakaran fotofit itu akan dibuat berdasarkan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Setakat ini, lebih 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

5 Mei lalu, penyerang kebangsaan, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang.

Susulan itu, polis telah menahan suspek pertama di sekitar Ampang, Selangor bagi membantu siasatan berkenaan kes tersebut.

Bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 20-an itu tidak terlibat dengan kes yang disiasat dan dibebaskan dengan jaminan polis.

6 Mei lalu, suspek kedua insiden simbah asid terhadap Faisal telah ditahan dan semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod lampau.

Suspek berusia 30-an itu ditahan lewat petang di sekitar Bandar Baru Bangi dan direman lima hari sehingga hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI