fbpx

Lokasi rumah keluarga suspek hanya 7 km dari Balai Polis Ulu Tiram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN forensik melakukan siasatan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang anggota Jemaah Islamiah awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Jarak rumah ahli keluarga suspek utama yang melakukan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi terletak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

Tinjauan Kosmo! di Jalan Rabbani, Kampung Sungai Tiram, di sini mendapati kawasan tersebut merupakan kawasan persendirian.

Terdapat beberapa buah rumah dipercayai didiami ahli kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa mengamalkan fahaman agama yang ekstremis.

Difahamkan, kawasan itu juga pernah dijadikan markas operasi kumpulan itu di negeri ini.

Sementara itu, menurut seorang penduduk kampung Fauzi Faizal, 39, berkata, kawasan penempatan kumpulan itu telah wujud selama lebih 20 tahun.’

“Terdapat kira-kira 18 keluarga menetap di kawasan perumahan persendirian itu. Memang kami penduduk kampung terkejut dengan kejadian berdarah ini.

“Mereka (keluarga suspek) memiliki fahaman agama ekstrem yang berbeza daripada agama Islam” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Ujarnya, suspek yang melakukan serangan ini dipercayai mempunyai perancangan untuk melakukan serangan berdasarkan keberanian tindakannya sehingga menyebabkan dua anggota polis maut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI