fbpx

JDT tingkatkan keselamatan, ingatkan pemain berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan yang dikeluarkan JDT di laman sosial rasmi mereka.

PETALING JAYA – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mempertingkatkan keselamatan para pemain mereka sebagai langkah berjaga-jaga ketika pelbagai ancaman yang telah berlaku kepada pemain tempatan kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alistair Edwards berkata, kelab terkemuka itu ternyata risau dengan insiden yang melibatkan pemain mereka, Safiq Rahim di mana kereta beliau telah diserang berhampiran Pusat Latihan JDT malam tadi.

“Kami menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia menyiasat perkara ini dengan segera.

“Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini adalah perbuatan terkutuk dan tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak.

“Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga.

Kami juga telah menasihatkan para pemain kami untuk berhati-hati dengan persekitaran dan hantaran-hantaran mereka di media sosial pada setiap masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI