fbpx

Penalti RM500,000 jika langgar akta kesihatan pekerja mulai 1 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mana-mana pihak yang melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 bakal berdepan penalti maksimum RM500,000 berkuat kuasa pada 1 Jun ini.

Kementerian Sumber Manusia berkata, penalti maksimum itu bakal dikenakan kepada pihak terlibat susulan pengenalan akta terbabit yang diwartakan pada 16 Mac 2022.

Katanya, pewartaan akta tersebut selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan semua pekerja di negara ini dapat bekerja dalam persekitaran selamat, sihat, kondusif dan produktif.

“Antara perubahan ketara dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 adalah peningkatan penalti 10 kali ganda daripada RM50,000 kepada RM500,000.

“Dengan peningkatan kadar penalti untuk setiap pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, secara tidak langsung isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja akan diberi perhatian.

“Ia akan menjadikan tempat kerja adalah bebas daripada kemalangan dan penyakit pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyempurnakan penganjuran Seminar Hebahan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 Peringkat Zon Tengah.

Jelasnya, penganjuran seminar itu bertujuan memastikan pihak berkepentingan iaitu pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), persatuan KKP, majikan dan pekerja dapat memahami perubahan dalam akta itu.

Ia seterusnya mampu mengaplikasikan pengetahuan untuk memperkuatkan pematuhan serta meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja di seluruh sektor industri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI