fbpx

Dua suspek pecah kereta Safiq Rahim sedang diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CERMIN kereta milik Safiq Rahim pecah dipercayai diketuk menggunakan tukul besi oleh individu tidak dikenali malam tadi.

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pecah cermin kereta Honda City milik pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pemain tengah JDT, Safiq Rahim, 36.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 10.05 malam, 7 Mei (semalam) di kawasan sekitar Johor Bahru.

“Mangsa merupakan pemain bola sepak kelab JDT berusia 36 tahun menyatakan cermin kereta yang dipandu dipecahkan dua inividu tidak dikenal dengan menggunakan alat dipercayai tukul besi.

“Suspek turut menunjukkan tukul ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kerosakkan kereta pecah cermin besar di bahagian belakang.

Ujarnya, siasatan juga mendapati kereta mangsa tidak dipasang kamera papan pemuka atau dashcam.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek dan motif kejadian terbabit. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian,” katanya.

Terdahulu, malam tadi, Safiq Rahim memuat naik satu hantaran berhubung kejadian dia diserang dua individu tidak dikenali ketika pulang mengambil barang di pusat latihan JDT di Sri Gelam di sini kira-kira pukul 10 malam.

Dakwanya, cermin kereta Honda City dipandunya dipecahkan oleh dua individu dengan menggunakan dipercayai tukul besi sebelum membuat laporan di Balai Polis Larkin di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI