fbpx

Suami isteri maut dirempuh Mitsubishi Triton selepas hantar kuih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki Che Roslan dan Siti Aishah yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 13.5, Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang berhampiran Bukit Payong, Marang hari ini.

MARANG – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton di Kilometer 13.5, Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Bukit Payong di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.50 pagi itu, kedua-dua mangsa, Che Roslan Ab. Manan, 58, dan isterinya, Siti Aishah Abu Bakar, 67, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Razman Setapa berkata, sewaktu kejadian, pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Leban, Bukit Payong di sini setelah menghantar kuih di sebuah gerai berhampiran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan menukar haluan dari laluan kiri ke kanan.

“Kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berusia 24 tahun dikatakan tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki suami isteri itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razman berkata, mayat Che Roslan dan Siti Aishah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI