fbpx

Keadaan Faisal Halim kritikal – Shahril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL mengadu sakit seperti terbakar di dalam kulit.

PETALING JAYA – Keadaan fizikal tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim ketika ini membimbangkan dan dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar mendedahkan, tangan kiri pemain sayap berusia 26 tahun itu agak parah dan sukar untuk bergerak.

“Selepas menjalani pembedahan, keadaan Faisal dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.

“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama (di Damansara) untuk menerima rawatan awal doktor (di sana) melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan ke hospital (di Shah Alam) dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.

“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” katanya.

Dalam insiden di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, Ahad lepas, Faisal yang mesra dengan gelaran Mickey disimbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengakibatkan kelecuran di beberapa bahagian badannya.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota dalam insiden di Terengganu.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI