fbpx

Individu amalkan sarapan lebih sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TOKYO – Satu tinjauan yang dilakukan di Jepun mendapati, individu yang mengambil sarapan setiap pagi akan berasa lebih sihat apabila mereka bangun daripada tidur, lapor portal akhbar The Mainichi. 

Tinjauan di seluruh negara oleh syarikat pembuat makanan ringan, Calbee Inc. itu menyasarkan 1,880 lelaki dan wanita berusia 18 hingga 66 tahun. 

Ia mendapati, sebanyak 57.4 peratus daripada mereka yang bersarapan mengakui tidak mempunyai masalah fizikal berbanding 50.1 peratus yang mengalami masalah kerana tidak makan secara teratur pada waktu pagi. 

Individu yang bersarapan secara teratur menyumbang 70.8 peratus daripada keseluruhan tinjauan.

Dalam masa sama, 57.6 peratus daripada mereka tinggal bersendirian berbanding 74.1 peratus yang tinggal bersama penghuni lain.

“Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa orang yang hidup bersendirian cenderung untuk tidak mengambil sarapan pagi,” kata Calbee.

Dengan pelbagai respons yang diperoleh, sarapan pagi yang paling kerap diambil oleh individu di timur Jepun ialah nasi putih atau bubur nasi yang menyumbang sebanyak 48.2 peratus.

Sementara itu di barat Jepun, roti adalah pilihan utama dan diambil sebanyak 52.3 peratus. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI