fbpx

Bakal suami hampa pengantin perempuan tidak muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita dikenali sebagai Susanti (kanan) tidak hadir ke majlis perkahwinannya di Lamongan. - Foto ist

JAKARTA – Seorang lelaki di Lamongan, wilayah Jawa Timur hampa kerana gagal berkahwin selepas pengantin perempuan tidak muncul pada hari perkahwinan mereka, lapor laman berita Tribun Trends semalam.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai DRC, mengalami kerugian puluhan juta rupiah selepas wanita berkenaan, Susanti menghilangkan diri.

Mereka berdua berkenalan pada Oktober 2023 di platform TikTok sebelum bertukar nombor telefon dan sepakat untuk berkahwin pada 1 Mei lalu.

“Mangsa sudah mengeluarkan wang sebanyak 24.20 juta rupiah (RM7,142) untuk dipindahkan kepada bakal isterinya,” kata seorang ketua polis tempatan, Andi Nur Cahya.

Namun, Susanti tidak datang pada hari pernikahan dengan alasan ibu bapanya enggan merestui perkahwinan mereka. Ia menyebabkan keluarga bakal pengantin lelaki berasa malu.

Bagaimanapun, pada 2 Mei lalu, rombongan daripada pihak Susanti datang ke rumah DRC bagi meminta maaf berhubung kejadian tersebut termasuk wanita berkenaan.

Dia mengaku melakukan penipuan sebelum ditangkap polis. 

Susanti berdepan hukuman penjara selama empat tahun jika disabit kesalahan menipu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI