fbpx

Lelaki Amerika Syarikat mengaku bersalah miliki bahan pornografi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David dituduh memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba di Mahkamah Sesyen Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba pada Februari lalu.

Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Jalan Seri Legenda, Kuah di sini kira-kira pukul 7.10 malam, 15 Februari lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Sebelum ini iaitu pada 5 Mac lalu dia dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam, Cheow Wee.

Mahkamah menetapkan 13 Mei ini untuk mitigasi kes dan hukuman.

Sebelum ini, lelaki warga asing terbabit turut didakwa atas kesalahan tinggal lebih masa apabila tinggal di negara ini selama 1,380 hari dengan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI