fbpx

Remaja hilang selama 25 tahun ditemui di rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMAR ditemui di sebalik timbunan jerami di sebuah rumah di Algeria baru-baru ini. - Foto X

ALGIERS – Seorang remaja yang hilang selama 25 tahun semasa perang saudara di Algeria dalam tahun 1990-an kini ditemui semula, lapor Perbadanan Penyiaran Britain kelmarin.

Remaja dikenali sebagai Omar bin Omran itu didapati hilang di Djelfa ketika berusia lewat belasan tahun.

Bagaimanapun, mangsa yang kini berumur 45 tahun, ditemui pada jarak hanya 200 meter dari kediaman dia dibesarkan.

Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun yang disyaki mengurung mangsa di rumahnya.

Ketika kehilangannya, keluarga Omar bimbang dia menjadi antara 200,000 orang yang dianggarkan terbunuh atau menjadi salah seorang daripada 20,000 mangsa culik dalam perang saudara tersebut.

Bagaimanapun, dia ditemui berada di dalam kandang biri-biri di sebalik timbunan jerami di rumah penculiknya pada 12 Mei lalu.

Pejabat pendakwa raya menerima aduan daripada seorang yang tidak dikenali bahawa Omar berada di rumah salah seorang jirannya, kata seorang pegawai mahkamah.

“Susulan laporan ini, pendakwa raya mengarahkan siasatan dibuka dan pasukan polis menyerbu kediaman suspek. Mereka kemudian menemui Omar,” tambahnya.

Polis turut menahan suspek.

Mangsa mendakwa bahawa dia tidak dapat menjerit atau melarikan diri kerana disihir oleh penculiknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI