fbpx

Selesema burung dikesan di barat China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kesihatan India memeriksa ayam ketika wabak influenza burung H5N1. - GETTY IMAGES

BEIJING – Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China mengesahkan terdapat kes selesema burung melibatkan unggas liar di barat China, ketika kebimbangan semakin meningkat mengenai wabak yang menjangkiti kumpulan lembu di Amerika Syarikat (AS). 

Saluran radio Voice of America melaporkan, dua daerah di wilayah Qinghai disahkan mempunyai 275 kes influenza H5N1 melibatkan burung camar Pallas yang mati serta burung-burung liar yang lain. 

Kementerian berkenaan dalam satu notis di laman webnya berkata, ia menerima laporan daripada Pusat Kawalan Penyakit Haiwan China dan Makmal Rujukan Selesema Burung Kebangsaan yang mengesahkan penemuan itu.

Sementara itu, wabak H5N1 melibatkan lembu tenusu di sekurang-kurangnya sembilan negeri AS, sejak akhir Mac lalu menimbulkan persoalan sama ada ia boleh merebak kepada manusia. 

Namun, tiada sebarang laporan diterima setakat ini. 

Susulan itu, AS mengumumkan pada 11 Mei lalu bahawa ia akan membelanjakan hampir AS$200 juta (RM937 juta) untuk memerangi wabak itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI