fbpx

Motif dua lelaki mahu ceroboh Istana Negara dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang digunakan dua individu berkenaan ketika mahu memasuki Istana Negara, kelmarin. FOTO IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Polis masih menyiasat motif dua lelaki yang dilaporkan cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti motif suspek.

Semalam, Kosmo! melaporkan, penghantar makanan dan buruh binaan ditahan bersama sebilah parang ketika cubaan menceroboh masuk Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini.

Kejadian sekitar pukul 4.40 petang, kelmarin, berlaku ketika suspek yang menaiki kereta Perodua Kembara cuba memasuki Istana Negara melalui pintu 3.

Kedua-dua suspek memaklumkan ingin berjumpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pemeriksaan terhadap kenderaan suspek menjumpai sebilah parang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI