fbpx

Golog, Royal Eficaz jalin kerjasama bangunkan hab halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil RE dan Golong bergambar selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) telah diadakan di Abu Dhabi, UAE dengan turut dihadiri oleh Putera Sheikh Khalifa Khaled Ahmed Hamed Al Hamed.

KUALA LUMPUR – Royal Eficaz (RE) dan Gobuilders Netsoft Sdn. Bhd. (Golog) menjalin kerjasama strategik dengan menyasarkan pembangunan Pusat Pengedaran Halal Serantau Pintar (RHDC) serta Pelabuhan Darat Serantau Pintar (RHIP) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Golog, Ivan Chin Wen Hau,kerjasama itu merupakan inisiatif bagi mengembangkan peluang perniagaan dalam aspek halal seperti eksport makanan beku dan layanan terkait ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Sasaran ini adalah bagi mewujudkan pelaburan berjumlah USD 150 juta khususnya dari UAE yang berminat ke Golog untuk merealisasikan projek RHDC, RHIP, dan projek-projek yang berhubung makanan halal di Malaysia.

“Ia juga termasuk menyediakan perkhidmatan teknologi Smart RHDC, pemasaran dan pengembangan peluang perniagaan secara global untuk keuntungan komersial termasuk pengurusan rantaian bekalan sesuai dengan keperluan pelanggan,”katanya.

Terdahulu, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) telah diadakan di Abu Dhabi, UAE dengan turut dihadiri oleh Putera Sheikh Khalifa Khaled Ahmed Hamed Al Hamed.

Hadir mewakili Golog ialah, Ketua Pegawai Teknologi, Zip King, Ketua Pegawai Operasi, Daniel Then manakala mewakili RE ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Nurliza Mohamed Yusuff, Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Fais Fauzi dan Pengarah Eksekutif, Kapten Helmi Mohd Ali.

Dalam pada itu, menurut Ivan, pihaknya menyimpan harapan besar agar kerjasama strategik yang terjalin ini dapat membantu mengembangkan teknologi Golog ke negara UAE, termasuk menerusi Smart RHDC, RHIP.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI