fbpx

Salah tidak akan khianati Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU pertelingkahan Salah (kanan) dan Klopp ‘mencemari’ persiapan Liverpool menghadapi Spurs di Anfield malam ini. - AFP

LIVERPOOL – Masa depan Mohamed Salah menyelubungi persiapan Liverpool yang kini mahu mencipta kebangkitan ketika melayan kunjungan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp sekali lagi cuba meredakan isu pertengkarannya dengan Salah dan bertegas bahawa hubungan mereka kini sudah pun kembali jernih.

Malah, Klopp juga tidak merasakan penyerangnya itu begitu terdesak mengikuti jejaknya untuk mengakhiri khidmatnya di Anfield pada penghujung musim ini

“Ia sudah diselesaikan sepenuhnya dan kini tidak ada masalah. Jika kami tidak saling mengenali, saya tidak tahu bagaimana kami akan berdepan situasi ini.

“Tetapi kami sudah pun saling mengenali sejak sekian lama dan kami menghormati antara satu sama lain. Ia bukan lagi menjadi sesuatu yang boleh dijadikan bahan cerita.

“Secara umumnya, semua orang sedang berada pada keadaan terbaik,” katanya.

Sebelum ini kedua-dua figura besar Liverpool itu dihimpit isu pertengkaran di tepi padang ketika seri 2-2 dengan West Ham United dan ketika ini bintang Mesir tersebut masih memiliki baki kontrak setahun lagi bersama The Reds.

Salah pernah menjadi subjek perpindahan ke Arab Saudi apabila dilaporkan akan menyertai Al-Ittihad.

“Mo (Salah) adalah pemain yang hebat dan saya tidak fikir saya patut bercakap tentang perkara ini kerana orang lain yang akan tentukannya terutama pemain itu sendiri,” kata Klopp.

Dalam masa sama, persiapan Liverpool untuk menghadapi Spurs kali ini turut dipalit persoalan besar membabitkan situasi semasa bintang pertahanannya, Virgil van Dijk yang sudah tidak menyertai latihan pasukan sejak seminggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI