fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: PN menang selesa jika 80 peratus pengundi keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin

HULU SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) memerlukan kira-kira 80 peratus daripada 40,226 pengundi untuk keluar mengundi pada 11 Mei nanti bagi membolehkan parti itu menang selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Pengarah PRK Kuala Kubu Bharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berikutan itu, pihaknya akan memanfaatkan baki enam hari untuk berkempen dengan lebih agresif.

“Kita ada enam hari, saya mahu sekurang-kurangnya 80 peratus pengundi wajib keluar. Saya beri jaminan berdasarkan laporan risikan dan culaan di lapangan yang kita buat, keluar 80 peratus pengundi mengundi, Kuala Kubu Bharu milik PN pada 11 Mei,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum PN, di Ampang Pecah, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, siri culaan terbaharu PN menyaksikan jumlah yang meyakinkan dan berharap momentum itu dapat diteruskan sehingga hari mengundi nanti.

“Saya baru sahaja menerima laporan, hari ini sahaja mereka menyentuh 7,000 pengundi di beberapa (Pusat Daerah Mengundi). Esok (hari ini) akan diteruskan dan kita menjangkakan 15,000 pengundi akan kita sentuh dan ziarah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Pengerusi PN selangor itu berkata, permasalahan ekonomi rakyat dan kos sara hidup akan terus menjadi fokus kempen yang merupakan isu utama disuarakan warga Kuala Kubu Baharu.

“Sebab itu saya kesian dengan UMNO, mereka bertemu dengan saya dan bersedia sokong PN. Begitu juga dengan orang Cina, orang Cina hendak apa? Dia mahu kestabilan, peluang perniagaan, tetapi hendak berniaga apa ringgit lemah, harga barang naik.

“Ketika ringgit kuat nilai import (barangan keperluan asas) RM 70 bilion, sekarang ringgit merudum, dalam waktu terdekat akan melepasi RM5 untuk 1 dolar (Amerika Syarikat). Tidak mungkin pengimport akan serap sepenuhnya kos tambahan, mereka akan pindahkan kepada pengguna, maka bila kita pergi ke pasar tani, harga (barang) mahal,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI