fbpx

F1: Ferrari sedia ‘sambar’ servis Newey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWEY (kanan) dikatakan telah melakukan rundingan dengan Ferrari yang menjadi prospek pasukan baharunya selepas meninggalkan Red Bull musim depan. - AFP

LONDON – Pasukan Ferrari dilaporkan bekerja keras untuk menandatangani Ketua Teknikal Red Bull, Adrian Newey tahun depan selepas dikatakan telah mengadakan pertemuan di London baru-baru ini.

Kontrak Newey sepatutnya berakhir penghujung musim 2025 termasuk klausa yang tidak membenarkan beliau menyertai mana-mana pasukan Formula Satu (F1) dalam tempoh 12 bulan, sekali gus menghalang Newey untuk menyertai mana-mana pasukan sehingga 2027.

Bagaimanapun, beberapa siri rundingan akhir bersama Red Bull dan Newey akhirnya membenarnya beliau mencari jalan keluar dan bebas untuk menyertai mana-mana pasukan seawal April 2025.

Ketika ini, Ketua Pasukan Ferrari, Fred Vasseur turut dikatakan telah mengadakan pertemuan dan difahamkan mencuba untuk menawarkan kontrak kepada Newey bagi membantu Lewis Hamilton dan Charles Leclerc musim depan.

“Adalah luar biasa sekiranya mendapat peluang bekerjasama dengan Newey kerana beliau mempunyai sejarah dan rekod prestasi yang begitu hebat sepanjang penglibatannya dalam F1.

“Saya fikir sekiranya Newey bersama Ferrari, beliau akan menjadi aset tambahan yang menakjubkan. Lagipun, ketika ini Ferrari sudah mempunyai pasukan yang hebat dan pasti menjadi satu keistimewaan untuk bekerja dengan Newey,” kata Hamilton.

Dalam pada itu, Hamilton tidak merasakan pemergiaan Newey akan menjejaskan rentak mahupun pembangunan Red Bull serta merta.

“Saya tidak fikir Red Bull akan menghentikan pembangunan atau terkesan dengan perubahan tersebut kerana semua dalam pasukan itu adalah berpengalaman dan mereka pasti akan terus berjuang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI