fbpx

Ferrari hangus dijual hampir RM1 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta model Dino Ferrari 246GT itu difahamkan pernah musnah dalam kebakaran. - GULLWING MOTORCARS

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah kereta Ferrari keluaran tahun 1972 yang dipenuhi karat dan kesan kebakaran dijual pada harga £120,000 (RM711,144), lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Kereta model Dino Ferrari 246GT itu difahamkan pernah musnah dalam kebakaran, menyebabkan badannya dipenuhi dengan kesan hangus.

Pembeli yang berminat juga digambarkan akan mendapat ‘besi karat yang tidak mempunyai tayar’.

Kereta itu dijual di Gullwing Motors Cars di New York.  

Nilai kenderaan tersebut (dalam keadaan baik) di pasaran ketika ini dianggarkan mencecah £630,000 (RM3.73 juta).

“Dino (Ferrari) jelas memerlukan pembaikan yang lengkap tetapi berita baiknya adalah ia semestinya kereta termurah yang pernah anda temui.

“Satu peluang menarik untuk memiliki Dino 246GT yang ikonik,” kata pelelong kereta itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI