fbpx

Red Bull ‘kebas’ 220 staf Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HORNER tidak risau pasukan-pasukan pencabar cuba ‘memancing’ individu penting dalam Red Bull. - AFP

LONDON – Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull dikatakan bakal kehilangan beberapa individu penting yang bersedia untuk angkat kaki meninggalkan pasukan berpangkalan di Milton Keynes tersebut.

Bagaimanapun, ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menafikan spekulasi berkenaan selain mendedahkan bahawa mereka telah ‘mencuri’ 220 kakitangan baharu dari seterunya, Mercedes.

Sebelum ini, Red Bull sah kehilangan orang kanan, iaitu ketua teknikal, Adrian Newey selepas pereka legenda F1 tersebut dikatakan kurang senang sejak Horner dituduh melakukan gangguan seksual serta kelakuan tidak wajar terhadap pekerja wanita.

“Saya tidak tahu berapa ramai orang yang kami ambil bekerja daripada McLaren tahun ini. Kami juga telah membawa 220 orang dari HPP (Pelatih Berprestasi Tinggi Mercedes AMG) ke dalam Red Bull Powertrains.

“Jadi, apabila kita bercakap tentang kehilangan pekerja, saya akan lebih bimbang tentang 220 orang daripada kemungkinan hilang satu atau dua orang selepas ini.

“Saya tidak mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kekuatan (kru pasukan) kerana apa yang pasti adalah akan sentiasa ada perubahan antara pasukan,” tegas Horner.

Difahamkan, Red Bull ketika ini telah melanjutkan kontrak beberapa individu penting termasuk ketua aerodinamik, Enrico Balbo dan ketua kejuruteraan prestasi, Ben Waterhouse.

Ketika ini, Red Bull juga sedang mengalihkan tumpuan mereka kepada pembangunan enjin mereka sendiri selepas F1 memperkenalkan peraturan baharu menjelang musim 2026 nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI