fbpx

Arab Saudi anjur fesyen pakaian renang pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARAB Saudi menganjurkan pertunjukan fesyen pakaian renang yang pertama kali diadakan semalam. - Foto AFP

RIYADH – Arab Saudi mengadakan pertunjukan fesyen pertamanya yang menampilkan model pakaian renang wanita semalam.

Acara berlangsung di tepi kolam itu menampilkan fesyen ciptaan pereka Maghribi, Yasmina Qanzal yang menampilkan warna merah, kuning air dan biru. 

Dalam acara itu, kebanyakan model mendedahkan bahu dan sebahagian badan.

“Memang benar negara ini sangat konservatif. Namun, kami cuba menunjukkan pakaian renang elegan yang mewakili dunia Arab.

“Apabila datang ke sini, kami difahamkan bahawa pertunjukan fesyen pakaian renang di Arab Saudi merupakan detik bersejarah. 

“Ini adalah kerana ia  kali pertama diadakan,” kata Qanzal.

Pertunjukan itu berlangsung pada hari kedua Minggu Fesyen Laut Merah yang julung kali diadakan di Resort Laut Merah St Regis, yang terletak di luar pantai barat Arab Saudi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI