fbpx

Trafik udara cecah 85 peratus pencapaian tahun 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sektor penerbangan Malaysia semakin menghampiri paras sebelum pandemik, didorong pemulihan kukuh laluan antarabangsa. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melaporkan pertumbuhan perjalanan udara yang stabil pada suku tahun pertama 2024 (Q12024), dengan trafik penum­pang udara naik 16.1 peratus tahun ke tahun kepada 22.6 juta penumpang.

Pertumbuhan didorong pe­ningkatan trafik udara antarabangsa sebanyak 39.9 peratus untuk mencecah 11.9 juta penumpang, ketika trafik penum­pang udara domestik turun 2.3 peratus kepada 10.7 juta.

Angka tersebut mencapai 85.5 peratus daripada paras sebelum pandemik pada 2019, dengan pemulihan trafik udara antarabangsa pada kadar 89.3 peratus, manakala trafik domestik pada 81.7 peratus.

Buat pertama kalinya sejak pandemik, trafik udara antarabangsa mengatasi trafik udara domestik, mencerminkan pemulihan teguh bagi laluan dan frekuensi antarabangsa serta peralihan kembali ke perjalanan antarabangsa, selari dengan pemulihan pelancongan global.

Dari segi pergerakan kargo udara, Malaysia telah merekodkan sebanyak 227,365 tan metrik pergerakan kargo pada Q124, iaitu penurunan sebanyak 6.3 peratus tahun ke tahun.

Pergerakan kargo udara domestik menurun sebanyak 30.7 peratus, meskipun pergerakan kargo udara antarabangsa me­ningkat sebanyak 7.2 peratus.

Mavcom juga optimistik akan pemulihan dan pertumbuhan berterusan industri penerba­ngan, walaupun terdapat pembatalan dan perubahan laluan penerbangan baru-baru ini ekoran konflik berterusan di Asia Barat.

Jelasnya, walaupun masih terlalu awal untuk menentukan ke­san konflik, Suruhanjaya menjangka jumlah trafik penum­pang pada tahun 2024 masih akan berada dalam julat ramalannya.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, adalah jelas bahawa sektor penerbangan sedang me­ngalami pemulihan kukuh dan syarikat penerbangan telah meng­alihkan fokus terhadap pemulihan dan penambahan destinasi antarabangsa baharu.

“Walaupun terdapat pengurangan dalam pergerakan kargo udara pada suku pertama, pergerakan kargo udara Malaysia kekal di atas paras pra-pandemik, iaitu sebanyak 100.7 peratus daripada suku tahun pertama 2019,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI