fbpx

Pantau atlet masing-masing – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah meninjau projek naik taraf trek balapan dan astaka STSP di Kangar, hari ini.

KANGAR – Menteri Belia dan Sukan meminta, Hannah Yeoh mahu semua persatuan sukan mempertingkatkan keselamatan atlet masing-masing termasuk memantau keberadaan mereka terutama menjelang kejohanan besar.

“Setiap atlet negara dilindungi menerusi Kod Sukan Selamat bagi memastikan mereka dapat berlatih dan bertanding dengan selamat termasuk mewujudkan suasana yang selamat dalam sukan untuk atlet kita.

“Kita ada 103 jenis sukan di negara ini, jadi kita mahukan suasana selamat untuk atlet kita (berlatih),” katanya pada sidang akhbar di Stadium Tuanku Syed Putra (STSP), di sini hari ini.

Menurut Hannah, bagi kes melibatkan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim, pihak KBS menyerahkan siasatan kepada polis.

“Kita tidak tahu apa motif serangan. Itu sebab kita hendak dapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pastikan atlet kita dijaga dengan baik termasuk atlet kita yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik tahun ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI