fbpx

Serangan balai polis: Kerajaan Pahang salur bantuan RM8,000 kepada keluarga mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM 8,000 kepada keluarga allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor,

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan terbabit akan diserahkan kepada keluarga mangsa di Kuantan malam ini bagi meringankan beban mereka.

“Bantuan ini kita akan beri kepada keluarga mangsa, terpulanglah kepada keluarga untuk guna bantuan awalan ini.

“Kita akan cuba serahkan (bantuan) malam ini. Pegawai saya akan pergi ke rumah mangsa. Bantuan RM3,000 adalah bantuan peribadi saya, manakala Kerajaan Negeri akan bagi RM5,000,” katanya di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, pihaknya juga akan memberikan bantuan mengikut keperluan kepada keluarga mangsa kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI