fbpx

Roadshow Perkeso beri kefahaman SKSSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan sesi jerayawara atau roadshow bagi menjelaskan tentang pengecualian cukai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso, Kasthuri Patto berkata, jelajah jerayawara tersebut diadakan bagi menjelaskan tentang kaedah dan prosedur penajaan SKSSR kepada pekerja syarikat dan wanita yang berpendapatan B40.

Tambah beliau, sesi roadshow akan bermula dari Mei hingga Julai 2024 di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur dan melibatkan majikan daripada pelbagai sektor seperti perbankan, peruncitan, perkilangan automotif, komunikasi, perhotelan serta lain-lain.

Beliau menjelaskan lagi bahawa sesi ini juga akan diadakan di seluruh Malaysia bermula Mei hingga September ini dan bakal dijalankan di pejabat Perkeso di setiap negeri.

“Sesi roadshow ini bertujuan memberi penerangan kepada para majikan tentang kaedah dan prosedur penajaan SKSSR kepada pekerja syarikat atau wanita yang berpendapatan B40 dengan pengecualian cukai menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

“Sebanyak tujuh sesi jelajah yang akan diadakan bermula dari Mei hingga Julai dan melibatkan majikan pelbagai sektor seperti perbankan, peruncitan, perkilangan, automatif, komunikasi, perhotelan dan sebagainya.

“Sesi jelajah roadshow ini juga akan diadakan oleh pejabat Perkeso di seluruh negara bermula Mei hingga September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar yang diadakan di Wisma Perkeso, Ampang, Kuala Lumpur.

Pada 14 Mac lalu, Perkeso telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Yayasan Kebajikan Negara Malaysia yang mana setiap syarikat yang mempunyai wanita atau mana-mana wanita yang termasuk dalam kategori B40, M40 (berdasarkan pendapatan per kapita) akan diberi pengecualian cukai pendapatan sebagaimana peruntukan seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI