fbpx

Tempoh 30 hari majikan daftar pekerja secara sukarela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Azman (tengah) berucap diiringi oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Kumpulan Perkeso, John Riba Marin (kiri) dan Ketua Bahagian Caruman dan Penguatkuasaan Kumpulan Perkeso, Jazlina Alias ketika sidang akhbar mengenai Bulan Pemutihan di Menara Perkeso Jalan Ampang di sini hari ini. FOTO oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Majikan diberi tempoh 30 hari berakhir 31 Mei untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed, tempoh tersebut merupakan peluang terakhir kepada majikan untuk berbuat demikian dengan pengecualian daripada kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).

“Majikan boleh mendaftar menerusi dalam talian melalui Portal ASSIST atau hadir ke mana-mana 54 pejabat Perkeso di seluruh negara, ataupun hubungi Careline Perkeso di 1-300-22-8000.

“Sekiranya majikan masih gagal berbuat demikian dalam tempoh pemutihan, Perkeso tidak akan berkompromi dengan ketidakpatuhan tersebut dan tiada lagi pengecualian dan tindakan penguatkuasaan akan dipertimbangkan kepada majikan terbabit menerusi Ops Kesan 2024 yang bakal dilaksanakan pada bulan Jun ini,” jelasnya pada sidang akhbar Bulan Pemutihan Perkeso bertempat di Menara Perkeso, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI