fbpx

Gaji penjawat awam Selangor naik Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar di Wisma Dewan Negeri Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 21,736 penjawat awam Selangor akan menikmati kenaikan gaji selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan, kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun pelarasan gaji tersebut akan dilakukan selepas kerajaan negeri menerima surat pekeliling berkaitannya.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri mengambil langkah yang perlu selaras dengan tatacara kewangan sedia ada.

“Ya akan dinaikkan pasti selaras dengan kenaikan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2007 cuma akan bermula lebih 13 peratus seperti mana Perdana Menteri umumkan.

“Saya akan selaraskan balik setelah pekeliling dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, perincian mengenai kenaikan gaji dan implikasi kewangan berkaitannya akan diperjelaskan pada Belanjawan Selangor 2025 nanti.

“Sudah pasti, bajet itu akan menumpukan tahun depan. Kalau bermula Disember pun sudah pasti kita gunakan wang kita ada atau perlukan bajet tambahan,” ujarnya.

Beliau menambah, peningkatan gaji di peringkat Selangor harus menjadi pedoman serta dorongan kepada seluruh penjawat awam bahawa produktiviti kerja wajar sentiasa diperkukuhkan selaras harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan kerajaan sentiasa ditingkatkan.

“Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman kadar kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri yang berkuatkuasa bermula 1 Disember ini.

“Pengumuman itu juga wajar disambut oleh sektor swasta agar tangga gaji dan pendapatan rakyat di seluruh negara terus meningkat agar Malaysia menjadi antara negara berpendapatan tinggi di rantau ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI