fbpx

Pemandu Toyota Vios mengaku tidak bersalah rempuh OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUAN YAN (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan merempuh seorang OKU sehingga maut dalam kejadian di Parit Sulong, Batu Pahat, 27 Februari lalu.

BATU PAHAT – Seorang pemandu kereta Toyota Vios yang merempuh motosikal ditunggang orang kelainan upaya (OKU) hingga melambung sebelum meninggal dunia di dalam parit dekat Parit Sulong, Februari lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Lim Guan Yan, 24, yang bekerja sebagai pembantu kedai didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki didakwa memandu kereta dengan melulu hingga menyebabkan kematian Mohd Riduan Abdullah, 58, di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong.

Kejadian itu berlaku pada pukul 7 pagi, 27 Februari lalu dan dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) pengguna jalan raya sebelum tular di media sosial.

Berdasarkan laporan polis, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu tertuduh dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong kenderaan di hadapannya.

Bagaimanapun, kereta itu gagal memotong lalu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

Mangsa kemudian melambung setinggi kira-kira lima meter sebelum terjatuh dalam parit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar setiap bulan sehingga kes selesai.

Kosmo! pada 28 Februari lalu melaporkan seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta sehingga melambung setinggi 10 meter di Batu 21 Jalan Muar-Parit Sulong di sini.

Kemalangan pada pukul 7 pagi itu melibatkan mangsa Mohd Riduan Abdullah, 58, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Beneli dengan kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 24 tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI