fbpx
PENULIS menikmati keindahan pergunungan Shymbulak di Kazakhstan.

Panorama memukau pergunungan Shymbulak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUKAR untuk saya nobatkan lokasi terbaik dan tercantik di bumi Kazakhstan kerana semua tempat memiliki panorama memukau.

Namun, terdapat satu lokasi yang menonjol, sekali gus menambat hati saya iaitu Resort Ski di pergunungan Shymbulak.

Memandangkan saya datang ke Shymbulak bersama empat lagi teman, kami merasakan cara paling praktikal ke sana adalah dengan menaiki perkhidmatan e-hailing iaitu YandexGo.

Kos pengangkutan YandexGo sejauh 30 kilometer (km) dari inap desa di Almaty City ke Shymbulak sekitar RM50 untuk sebuah kereta besar.

Di Shymbulak, kami memilih untuk tinggal di hostel yang memerlukan kami menempuhi tiga platform.

Oleh itu, saya mengambil pakej kereta kabel selama tiga hari dengan kos 7,000 KZT (RM75).

Dari aspek makanan, saya sudah sedia maklum bahawa kos sajian di kawasan pergunungan ini sangat mahal.

Jadi, saya siap-siap bawa mi segera, roti dan makanan lain sebelum datang ke pergunungan ini.

Bagi tempat tinggal, saya duduk di hostel Shymbulak dengan kos 1,000 KZT (RM106) semalam termasuk sarapan.

Walaupun harganya berganda berbanding di bandar Almaty, namun ia sangat berbaloi jika dilihat pada kemudahan dan kedudukan lokasi serta pemandangan di sekelilingnya.

Bilik hostel saya memiliki lapan katil yang perlu dikongsi bersama.

Secara jujur, orang Kazakhstan tidak begitu mesra.

Jadi, pengunjung luar mungkin mengalami sedikit rasa kurang senang sekiranya duduk sebilik dengan mereka.

Walaupun aktiviti utama di sini adalah meluncur dengan harga serendah RM40, namun saya tidak berminat mencubanya.

Rasanya, aktiviti luncur ini sesuai kepada mereka yang ada kemahiran mengawal pergerakan kaki dan alatan kayu.

Oleh itu, saya memilih untuk menikmati pemandangan menerusi kereta kabel.

Pemandangan resort dan inap desa yang terdapat di sekitar kawasan pergunungan Shymbulak.

Pada saya, ia sudah mencukupi kerana dapat melihat dari sudut pandangan mata burung (bird eyes view) panorama di sekitarnya.

Pemandangan pergunungan dipenuhi pokok tirus menghijau diselang-seli dengan salji memutih cukup memukau.

Di sini juga, pengunjung dapat melihat pemandangan bandar Almaty dari kejauhan sekiranya cuaca baik.

Bagaimanapun, masa operasi kereta kabel hanya dari 9 pagi hingga 4.30 petang.

Saya juga melakukan pendakian di Shymbulak Peak berketinggian kira-kira 3,000 meter dari aras laut.

Aduh, penat sangat sebab kurang udara apabila berada di kedudukan tinggi dan sejuk.

Ya Allah SWT, pemandangannya sangat-sangat cantik. Saya pelik, hanya berapa orang yang mendaki gunung ini.

Suasana malam di sini sunyi sepi. Tiada satu pun kedai atau restoran dibuka pada waktu malam.

Namun, kelihatan gemerlap dan kemegahan bandar Almaty dari kejauhan. Cuaca malam terlalu sejuk untuk saya berdiri lama di luar.

Momen paling saya sukai di pergunungan ini adalah ketika angin sejuk lembut memutih datang seketika sehingga menutup pandangan mata.

Kemudian, ia berlalu pergi dan mata terus ke arah pergunungan itu.

Ketika pulang ke bandar Almaty, saya memilih menaiki bas No. 12 dengan harga 200 KZT (RM2.15).

Selepas itu, saya kembali bergerak secara solo ke Dostyk Plaza Mall, manakala kawan-kawan lain ke Bishkek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN