fbpx

Ingat senang kekalkan pinggang saiz 23? – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan menafikan dirinya mengambil produk pelangsingan demi mendapatkan ukur lilit pinggang idaman.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa berang dengan sikap sesetengah individu yang sering menyangka dirinya kekal kurus disebabkan pengambilan produk pelangsingan.

Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, tubuhnya mampu langsing berikutan penjagaan rutin senaman selain mengawal pemakanan.

“Orang selalu cakap yang saya sudah kurus, jadi mengapa perlu ambil produk pelangsingan, buat Pilates dan kawal pengambilan pemakanan?

“Saya juga manusia, bukan ‘vampire’. Pelik kenapa orang berfikiran begitu. Saya kurus dan kekalkan berat badan hanya untuk menjaga diri dengan baik.

“Sakit hati ya, orang cakap ‘eleh, dari dulu slim boleh ceritalah.’ Kita punyalah penat makan jaga, ikat perut, detoks gula, ambil makanan tambahan, pergi senam, Pilates lagi tiap minggu,” ujarnya menerusi Instagram.

Tambahnya lagi, semakin meningkat usia dia perlu lebih menjaga bentuk badan sendiri dengan turut mengikuti rejim diet serta senaman ketat.

“Awak ingat dari dulu saya goyang kaki di rumah tidak buat apa-apa selepas itu boleh kekal slim dari dulu sampai sekarang? Itu gila namanya.

“Saya 27 tahun sekarang, pada umur ini hormon dan motabolisme saya berubah mengikut usia.

“Tiada orang yang boleh kurus tanpa berusaha buat sesuatu,” ujarnya.

Pada hantaran seterusnya, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut menasihati sesetengah individu supaya tidak cepat menghakimi tanpa usul periksa.

“Nak minum matcha latte pun fikir 10 kali, bergaduh dengan otak janji dengan diri sendiri sebulan sekali sahaja. Lepas itu, senang-senang orang cakap ‘eleh, dah kurus dulu bolehlah cerita’. Boleh buat gaduh ini.

“Mana nak kekalkan muka runcing lagi, pipi tidak naik lagi. Ingat senangkah mahu kekalkan pinggang 23 ke 24 inci.

“Awak tidak mahu jaga badan sudahlah. Tidak perlu menghakimi orang itu ini. Kau ingat kalau aku makan nasi hari-hari, goyang kaki di rumah dapatkah badan begini. Mimpilah kak!,” tegasnya.

Sebelum ini, ramai yang tidak boleh menerima realiti apabila pengusaha produk pelangsingan mengambil Intan sebagai duta.

Ramai berpendapat anak jati Johor itu sudah kurus tanpa bantuan produk tambahan dan seharusnya mengambil duta yang berbadan berisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI