fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa Melaka, Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Melaka (Melaka Tengah dan Jasin) serta pesisir pantai Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) sehingga pukul 12 tengah hari.

“Keadaan cuaca dilihat baik di kebanyakkan kawasan di Sarawak dan Sabah dan dijangka kekal sehingga ke awal petang nanti,” katanya.

Sementara itu, bagi ramalan cuaca di sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku di hampir kesemua negeri Semenanjung.

“Hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan melibatkan pedalaman Semenanjung, serta beberapa tempat di Sabah iaitu di Tawau dan Sandakan, manakala Sarawak melibatkan Limbang, Kuching dan Kapit,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI