fbpx

Saintis ramal tarikh kepupusan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dalam masa 250 juta tahun, semua benua di Bumi akan membentuk benua super yang dikenali sebagai Pangea Ultima. – Elena 11

LONDON – Satu kajian baharu meramalkan bahawa spesies manusia akan pupus dalam masa 250 juta tahun lagi dan jauh lebih awal sekiranya aktiviti pembakaran bahan api fosil tidak dikekang, lapor portal berita MailOnline.

Kajian  berdasarkan simulasi komputer oleh pasukan saintis Universiti Bristol itu menyatakan, Bumi berdepan kepupusan sejagat yang juga akan menghapuskan semua hidupan mamalia.

Sekiranya terdapat hidupan di muka Bumi ketika itu sekali pun, ia perlu beradaptasi kepada  suhu antara 40 darjah Celsius hingga 70 darjah Celsius, kata mereka.

“Paras karbon dioksida juga dijangka melonjak dua kali ganda berbanding sekarang. Manusia bersama spesies mamalia lain akan pupus disebabkan ketidakupayaan untuk mengeluarkan haba melalui peluh bagi menyejukkan badan,” kata penyelidik kanan merangkap ketua kajian tersebut, Dr. Alexander Farnsworth.

Menurutnya,  dalam masa 250 juta tahun lagi, semua benua di Bumi akan bercantum untuk membentuk sebuah benua ‘super’ dikenali sebagai Pangea Ultima.

Hasil kajian turut mendapati hanya sekitar lapan hingga 16 peratus daripada tanah di Bumi sesuai untuk didiami spesies mamalia ketika itu, namun kebarangkalian besar bahawa semua spesies tersebut akan pupus.

“Hanya mamalia yang benar-benar unik berpotensi untuk terselamat,” jelas Farnsworth.

Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience pada Jumaat lalu. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI