fbpx

Gunung Ruang meletus semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letusan Gunung Ruang dilihat dari Pulau Tagulandang di Sitaro hari ini. – AFP

JAKARTA – Sebuah gunung berapi terpencil di Indonesia meletus beberapa kali lagi hari ini, kata agensi vulkanik sekali gus memaksa penduduk dipindahkan dan lapangan terbang antarabangsa berdekatan ditutup.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa ancaman daripada gunung berapi itu belum berakhir selepas ia meletus lebih daripada enam kali pada  bulan ini dan menyebabkan lebih 6,000 orang dipindahkan.

Gunung Ruang yang terletak di wilayah Sulawesi Utara, meletus sekitar  pukul 1.15 pagi (waktu tempatan) semalam dan dua kali lagi pada pagi berikutnya,  kata agensi vulkanologi Indonesia  dalam satu kenyataan.

Gunung berapi itu menghamburkan abu setinggi  lebih 5 kilometer (3.1 batu) ke ruang udara, katanya.

Agensi berkenaan mengaktifkan semula zon larangan dalam radius 6 kilometer dari kawah Gunung  Ruang  dan berkata,  penduduk tempatan harus berwaspada tentang ‘risiko lemparan batu panas,  awan panas dan tsunami akibat bahan letusan memasuki laut’.

Imej yang dikeluarkan oleh agensi itu menunjukkan letusan berwarna merah bersama  awan abu yang besar keluar dari kawah gunung berapi berkenaan.

Lebih 800 orang tinggal di sekitar Gunung Ruang telah dipindahkan pada bulan ini.

Letusan terbaru Ruang juga mendorong pihak berkuasa menutup semula lapangan terbang antarabangsa Sam Ratulangi di ibu kota wilayah Sulawesi Barat,  Manado pada jarak  lebih 100 kilometer daripada gunung berapi berkenaan.  – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI