fbpx

Gelombang haba ‘bakar’ Asia Tenggara, Asia Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita menggunakan payung ketika berjalan di bawah cuaca panas di Manila kelmarin. – AFP

MANILA – Pihak berkuasa di serata Asia Tenggara dan Asia Selatan mengeluarkan amaran kesihatan serta menutup sekolah-sekolah selepas kedua-dua rantau menghadapi gelombang haba ekstrem yang lebih buruk kelmarin.

Cuaca sangat panas melanda rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan sejak minggu lalu dengan suhu di beberapa kawasan mencecah 45 darjah Celsius. Beribu-ribu sekolah turut ditutup, manakala pelajar diminta berada di rumah.

Filipina kelmarin mengumumkan bahawa sekolah-sekolah awam ditutup dua hari selepas ibu kotanya, Manila, merekodkan suhu melampau.

Di Thailand yang mencatatkan 30 kematian akibat strok haba pula, jabatan meteorologi memberi amaran mengenai ‘situasi buruk’ selepas suhu di bahagian utara melepasi angka 44.1 darjah Celsius, Sabtu lalu.

Sementara itu, di Kemboja, Myanmar, Vietnam, India dan Bangladesh, agensi-agensi kaji cuaca tempatan memberi amaran bahawa suhu diramalkan melebihi bacaan 40 darjah Celsius dalam masa beberapa hari akan datang.

“Saya tidak berani keluar dari rumah pada waktu siang. Saya bimbang diserang strok haba,” kata seorang penduduk di Yangon, San Yin.

Myanmar merekodkan suhu antara 3 hingga 4 darjah Celsius lebih tinggi berbanding kadar purata pada bulan April, demikian menurut jabatan kaji cuaca negara itu pada minggu lalu.

Di Bangladesh, berjuta-juta pelajar kembali ke sekolah yang sebelum ini ditutup berikutan suhu melampau.

Biro cuaca negara itu kelmarin berkata, gelombang haba ektrem yang berlaku juga diramal berte­rusan selama sekurang-kurang­nya tiga hari lagi.

Suhu global mencatatkan rekod tertinggi pada tahun lalu, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi iklim pada Selasa minggu lalu berkata, Benua Asia memanas pada kadar yang amat pantas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI