fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘Satu sen pun tiada faedah undi pembangkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika ditemui selepas meninjau Jalan Batang Kali-Genting hari ini.

HULU SELANGOR – Memilih calon selain wakil Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) disifatkan tidak memberi manfaat kepada warga Kuala Kubu Baharu.

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana wakil rakyat daripada kerajaan memiliki kelebihan untuk membangunkan kawasan tersebut.

“Itu untungnya ada kerajaan, pembangkang ini apabila kita pergi jumpa dia, dia kata tak ada peruntukan. Jadi, mari kita bina jambatan Kerajaan Perpaduan melalui PRK Kuala Kubu Baharu ini.

“Satu sen pun tak ada faedah memilih pembangkang,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kemajuan Projek Baik Pulih Cerun Laluan B66, Jalan Batang Kali-Genting, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Selangor bahawa peruntukan RM5.21 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) didakwa untuk’memancing’ pengundi.

Untuk rekod, PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Sock Tao, calon PN, Khairul Azhari Suat, calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Mengulas lanjut, Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diwakili Cina di kawasan Parlimen Hulu Selangor adalah penting bagi mewakili kaum terbabit.

“Kawasan ini 50 peratus Melayu dan 48 peratus Cina dan India. Boleh kata 50-50 tapi mengapa satu kaum bolot semuanya.

“Seperti di DUN Hulu Bernam, DUN Batang Kali dan Parlimen Hulu Selangor, PN letak semua Melayu. Itu sebab kita letak calon Cina yang mana lebih adil sama sewaktu era Barisan Nasional dahulu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI