fbpx

Anwar ucap tahniah kejayaan Nor Farah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Farah Ain berjaya merangkul gelaran juara dunia, semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan atlet kebangsaan, Nor Farah Ain Abdullah yang mendapat gelaran juara dunia pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, semalam.

“Syabas dan tahniah kepada saudari Nor Farah Ain Abdullah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk atlet lain dalam mengharumkan nama negara di arena sukan tempatan dan antarabangsa,” tulis Anwar di laman media X beliau, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Nor Farah Ain melakar sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey.

Farah Ain meraih kejayaan bersejarah itu selepas mengenepikan cabaran atlet Malta, Connie Nixon menerusi kemenangan straight-set 6-2, 6-3 di pentas final.

Menariknya, atlet berusia 23 tahun itu juga menyumbang pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple selepas tewas 2-9, 3-11 kepada Ray Pearse dan Samantha Atkinson dari Australia di separuh akhir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI