fbpx

‘Ahli kimia’ jadi pakar ‘memasak dadah’, belajar di internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (dua dari kiri) menunjukkan peralatan memproses dadah selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

KAJANG – Polis membongkar sebuah makmal memproses pelbagai jenis dadah selepas 13 individu ditahan termasuk seorang ‘ahli kimia’ dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, 26 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan secara serentak itu membabitkan tangkapan lapan lelaki dan lima perempuan tempatan berusia antara 21 hingga 51 tahun.

Katanya, dengan tertumpasnya sindiket yang aktif sejak setahun lalu, sebanyak 312 kilogram pelbagai jenis dadah yang dijumpai di tiga lokasi bernilai RM1.48 juta.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang menaiki kereta Honda City dikesan memiliki sejumlah heroin di Cheras Kajang Expressway.

“Lanjutan itu, JSJN Bukit Aman menyerbu makmal dadah di sebuah rumah teres di Semenyih, di sini, yang membawa penemuan sejumlah heroin bersama satu plastik lutsinar berisi bahan kimia.

“Pemeriksaan susulan di sebuah kondominium sekitar Kuala Lumpur turut menjumpai pelbagai jenis dadah seperti syabu, heroin dan ganja,” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, hari ini.

Mengulas Lanjut, Kok Cin berkata, premis rumah teres itu disewa pada kadar harga RM2,000 sebulan untuk dijadikan lokasi ahli kimia memproses dadah sebelum dihantar ke kondominium di Kuala Lumpur diedarkan.

“Daripada 13 individu yang ditahan, lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau manakala dua suspek positif dadah.

“Kesemua mereka mempunyai peranan masing-masing antaranya sebagai ahli kimia, koordinator, penjaga stor dan pengurus kondominium.

“Tukang masak dadah tersebut yang berusia 24 tahun disyaki sebagai dalang utama sindiket ini, dia dipercayai belajar (memasak dadah) melalui internet,” katanya.

Jelas beliau, Kok Chin sindiket memasarkan dadah di sekitar Lembah Klang untuk tokan-tokan sampaikan kepada pengguna.

Tambah Kok Chin, sembilan kereta turut dirampas termasuk sebuah lori, motosikal (tiga), wang tunai (RM213,000), barang kemas (26) membawa nilai keseluruhan RM1 juta.

“Subjek memproses dadah di rumah sewa sebelum simpan di kondominium disewa di Kuala Lumpur. Hasil dadah dirampas mampu diguna 450,000 penagih,” katanya

Tegas beliau, kesemua suspek direman selama enam hari bermula kelmarin sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI