fbpx

Cuaca cerah, baik seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik di seluruh negara pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memberitahu, cuaca baik yang dijangkakan melibatkan kebanyakan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu, akan berlarutan sebelum menjelang tengah hari.

“Hujan lebat yang berlaku di persisir pantai Kedah, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sibu, Mukah, Betong dan Kuching pula, akan beransur pulih sebelum menjelang tengah hari nanti,” ujar MetMalaysia.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang tertumpu di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya kawasan pedalaman.

“Hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang juga dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan dan Tawau serta seluruh negeri Sarawak,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI