fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Jangan pilih pemimpin hipokrit – Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal.

PETALING JAYA – “Kalau nak memilih pemimpin, jangan pilih pemimpin yang hipokrit,” kata Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Pesanan itu ditujukan kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang akan mengundi pada 11 Mei depan.

Ujar Muhamad Akmal, pengundi PRK bagi kerusi DUN Kuala Kubu Baharu diingatkan bahawa mereka akan mewakili suara semasa rakyat Malaysia.

“Keputusan PRK ini tidak mampu mengubah kedudukan kerajaan negeri mahupun pusat, tetapi ia akan beri satu mesej jelas daripada rakyat kepada semua pemimpin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, beliau mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu seperti yang telah diumumkan pagi tadi.

“Moga Allah permudahkan segala urusan PRK ini,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru termasuk seorang calon Bebas. Nyau Ke Xin.

Tiga calon lain ialah Pang Sock Tao d​aripada Pakatan Harapan (PH); Khairul Azhari Saut daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI