fbpx

Tragedi helikopter TLDM: YKN sumbang RM3,000 bagi setiap waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ketika sidang akhbar selepas Majlis Tahlil tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersedia menghulurkan sumbangan tunai kepada semua waris mangsa tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kelmarin.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sumbangan secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 bagi setiap waris itu akan disalur menerusi Skim Pemberian Ehsan Kepada Keluarga Mangsa (PEKA) yang dikendalikan oleh YKN.

“Saya sendiri akan ke Serian, Sarawak untuk serah bantuan ini terus kepada ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna yang meninggalkan suami dan dua anak kecil.

“Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad juga akan menyerahkan bantuan PEKA kepada baki sembilan keluarga mangsa di rumah mereka,” katanya selepas Majlis Tahlil bagi memperingati 10 mangsa terbabit yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Skim PEKA diwujudkan YKN bagi memberikan sokongan moral dan meringankan beban keluarga mangsa bagi pelbagai insiden tragik di seluruh negara sejak lebih sedekad lepas.

Antaranya ialah mangsa bot ekspres karam di Belaga, Sarawak dan nahas bas di Genting Highlands, Pahang pada 2013 serta tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor pada 2011.

Selain itu tambah Nancy lagi, pihak kementeriannya menerusi Pusat Sokongan Sosial Setempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat akan hadir menyantuni setiap keluarga mangsa bagi memberi bimbingan kaunseling selain kerjasama bersama Kementerian Pendidikan untuk pelajar waris tragedi tersebut.

“Walaupun bantuan disumbangkan itu tidak dapat mengubat duka keluarga mangsa, kita berharap semoga ia dapat meringankan bebanan dan meredakan kesedihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI