fbpx

Pak Lah dirawat di IJN akibat masalah paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin memaklumkan perkembangan Pak Lah menerusi Insta Storynya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’ (masalah paru-paru) .

Khairy Jamaluddin dalam hantaran Insta Storynya berkata, Tun Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lah dimasukkan ke IJN sejak semalam.

“Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan masih berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`