fbpx

‘L u, L u m, M u s m’ antara Aliff Aziz-Ruhainies sohor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Aziz dan Ruhainies

PETALING JAYA – Perkataan-perkataan ringkas seperti L u, L u m, M u s m, sohor di media sosial apabila perbualan ‘romantik’ di antara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar semalam.

Menerusi laman X, rata-rata geli hati dengan kelakuan mereka seperti anak muda yang sedang dilamun cinta dan menerangkan maksud tersirat yang ditujukan dua selebriti sensasi tersebut.

“L u (Love you), L u m (Love you more), M s u m (Miss you so much),” salah satu hantaran dipaparkan.

Gambar perkongsian tersebut dibongkarkan di story Instagram oleh Sara Yasmine iaitu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Aliff pada tiga hari lepas.

Terdahulu, kemelut rumah tangga dan kontroversi kecurangan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz telah memasuki episod baharu apabila wujud satu lagi karakter ‘kekasih gelap’ bernama Sarah Yasmine.

Perkara tersebut dibongkarkan olehnya yang tiba-tiba muncul membuat pengakuan ada menjalin cinta dengan suami pelakon Bella Astilahh itu sejak awal tahun Januari 2024.

Individu terbabit juga turut mengakui Aliff tinggal di rumahnya selama sebulan sebelum berlakunya kes tangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Pendedahan terbuka yang turut disertakan menyelitkan klip video bapa kepada dua cahaya mata itu mengucup pipinya sekali gus menjadi satu lagi bukti kecurangan aktor tinggi lampai itu yang mungkin selama ini sudah berada dalam pengetahuan isterinya.

Bagaimanapun, pengakuan perempuan tersebut sebagai kekasih gelapnya tidak mendapat sebarang reaksi oleh penyanyi Sayang Sayang itu kerana diperhatikan hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang keterangan sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI