fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Kerajaan salur bantuan awal RM10,000 setiap keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah helikopter milik TLDM yang terhempas di Lumut, semalam.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua buah helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia adalah sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung.

Katanya, Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudahkan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa.

“Segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia,” katanya dalam kenyataan, tadi.

Mohamed Khaled berkata, Lembaga Siasatan (Board of Inquiry) yang ditubuhkan telah diarah untuk menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini turut merakam ucapan takziah kepada waris-waris pegawai dan anggota Tentera TLDM atas tragedi berkenaan.

“Kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan 10 wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI